Tuesday, May 25, 2021

DAPATAN KAJIAN

 DEFINISI PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengurusan : satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan

Penasihatn : Kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran-petunjuk yang baik, peringatan, menyusukan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang hal.

Murid : merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru menurut Kamus Dewan Edisi Empat.

KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BIMBINGAN

  • proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan
PENASIHATAN
  • proses memberi nasihat kepada orang lain dalam bentuk lisan atau tindakan.
MENTORING
  • proses memberi bimbingan, sokongan, dan bantuan secara profesional.
CIRI-CIRI BIMBINGAN
  • proses membantu individu atau kumpulan.
  • memberi fokus kepada mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal.
  • bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan dan menghadapi permasalahan yang dihadapinya
  • bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arahan atau suruhan yang ditentukan.
CIRI-CIRI PENASIHATAN
  • proses menasihati individu atau kumpulan.
  • lebih memfokuskan kepada masalah yang dihadapi 
  • tumpuan lebih luas dan mendalam
  • matlamatnya adalah untuk membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya
  • berbentuk arahan dan suruhan
CIRI-CIRI MENTORING
  • melibatkan mentor dan mentee. Mentor sebagai pendidik, pemimpin, atau pembimbing manakala mentee sebagai pelajar, murid atau pengikut yang memerlukan nasihat dan bimbingan.
  • sesi perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
  • perjumpaan melibatkan masa yang lebih panjang dan menerima pandangan dan menerima pandangan seseorang dengan lebih luas.
  • memfokuskan kepada perkembangan peribadi dan kerjaya.
PERBEZAAN ANTARA PENASIHATAN DAN KAUNSELING





PROSES PEMBIMBING DAN PENASIHATAN

FASA 1: menyediakan prasisi yang mana guru bimbingan atau kaunselor mesti mengetahui tentang latar belakang pelajar yang datang secara sekarela atau temu janji untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak
FASA 2 : membina hubungan guru bimbingan dan kaunseling mestilah membina hubungan dengan para pelajar supaya proses penasihatan dapat dilakukan dengan baik.
FASA 3 : meneroka dan menganalisis masalah. Masalah yang dihadapi pelajar perlulah dibincangkan lebih mendalam untuk menganalisis masalah tersebut.
FASA 4 : mengambil tindakan. Dimana guru pembimbing perlu menghuraikan dan menjelaskan tentang alternatif yang dipilih, langkah-langkah untuk alternatif yang diambil, meminta pelajar mendapatkan sokongan untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.
FASA 5 : penamatan sesi. Penamatan dibuat sekiranya pelajar berusaha untuk mengatasi masalah dan membuat keputusan berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan bersama guru pembimbing.


PROSES MENTORING

FASA 1 : menjalin hubungan. Guru seharusnya menjadi mentor yang baik kepada para pelajar bagi memastikan aktiviti yang dibuat sepanjang program mentor mentee berialan dengan lancar.
FASA 2 : merundingkan persetujuan/perjanjian. Seseorang guru haruslah merundingkan setiap aktiviti yang berlaku kepada para pelajar sebelum memulakan sesi mentor mentee.
FASA 3 : perkembangan professional mentee. Seseorang mentor seharusnya memastikan setiap perkembangan mentee sejak bertemu kali pertama dan seterusnya.




No comments:

Post a Comment

RUMUSAN

Peranan unit kaunseling dan bimbingan di sekolah terutamanya kaunselor sekolah penting bagi meningkatkan pembangunan akademik, sahsiah, kerj...