Tuesday, May 25, 2021

RUMUSAN

  1. Peranan unit kaunseling dan bimbingan di sekolah terutamanya kaunselor sekolah penting bagi meningkatkan pembangunan akademik, sahsiah, kerjaya dan kesediaan diri pelajar. Penasihatan murid melalui unit bimbingan dan kaunseling harus dikekalkan dalam membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan.
  2. Pengurusan penasihatan murid melalui pendekatan mentor dan mentee juga telah menyebabkan banyak perkara positif terhasil dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Menurut Tiwi Kamudin (2004), "pendekatan sistem mentor adalah pendekatan berunsur psikologi dan bimbingan kaunseling yang akan membantu menyerapkan rasa dihargai di kalangan pelajar".
  3. Bimbingan, kaunseling, penasihatan dan mentoring merupakan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan seharian.

DAPATAN KAJIAN

 DEFINISI PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Pengurusan : satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha-usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber-sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan

Penasihatn : Kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran-petunjuk yang baik, peringatan, menyusukan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang hal.

Murid : merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru menurut Kamus Dewan Edisi Empat.

KONSEP PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

BIMBINGAN

  • proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan
PENASIHATAN
  • proses memberi nasihat kepada orang lain dalam bentuk lisan atau tindakan.
MENTORING
  • proses memberi bimbingan, sokongan, dan bantuan secara profesional.
CIRI-CIRI BIMBINGAN
  • proses membantu individu atau kumpulan.
  • memberi fokus kepada mencegah masalah sementara ia masih boleh dikawal.
  • bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan dan menghadapi permasalahan yang dihadapinya
  • bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arahan atau suruhan yang ditentukan.
CIRI-CIRI PENASIHATAN
  • proses menasihati individu atau kumpulan.
  • lebih memfokuskan kepada masalah yang dihadapi 
  • tumpuan lebih luas dan mendalam
  • matlamatnya adalah untuk membantu seseorang memahami punca-punca masalah atau isu-isu pada kerjaya
  • berbentuk arahan dan suruhan
CIRI-CIRI MENTORING
  • melibatkan mentor dan mentee. Mentor sebagai pendidik, pemimpin, atau pembimbing manakala mentee sebagai pelajar, murid atau pengikut yang memerlukan nasihat dan bimbingan.
  • sesi perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan bimbingan.
  • perjumpaan melibatkan masa yang lebih panjang dan menerima pandangan dan menerima pandangan seseorang dengan lebih luas.
  • memfokuskan kepada perkembangan peribadi dan kerjaya.
PERBEZAAN ANTARA PENASIHATAN DAN KAUNSELING





PROSES PEMBIMBING DAN PENASIHATAN

FASA 1: menyediakan prasisi yang mana guru bimbingan atau kaunselor mesti mengetahui tentang latar belakang pelajar yang datang secara sekarela atau temu janji untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak
FASA 2 : membina hubungan guru bimbingan dan kaunseling mestilah membina hubungan dengan para pelajar supaya proses penasihatan dapat dilakukan dengan baik.
FASA 3 : meneroka dan menganalisis masalah. Masalah yang dihadapi pelajar perlulah dibincangkan lebih mendalam untuk menganalisis masalah tersebut.
FASA 4 : mengambil tindakan. Dimana guru pembimbing perlu menghuraikan dan menjelaskan tentang alternatif yang dipilih, langkah-langkah untuk alternatif yang diambil, meminta pelajar mendapatkan sokongan untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.
FASA 5 : penamatan sesi. Penamatan dibuat sekiranya pelajar berusaha untuk mengatasi masalah dan membuat keputusan berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan bersama guru pembimbing.


PROSES MENTORING

FASA 1 : menjalin hubungan. Guru seharusnya menjadi mentor yang baik kepada para pelajar bagi memastikan aktiviti yang dibuat sepanjang program mentor mentee berialan dengan lancar.
FASA 2 : merundingkan persetujuan/perjanjian. Seseorang guru haruslah merundingkan setiap aktiviti yang berlaku kepada para pelajar sebelum memulakan sesi mentor mentee.
FASA 3 : perkembangan professional mentee. Seseorang mentor seharusnya memastikan setiap perkembangan mentee sejak bertemu kali pertama dan seterusnya.




OBJEKTIF

  1.  memahami konsep pengurusan penasihatan murid.
  2.  memahami ciri-ciri pengurusan penasihatan murid.
  3.  mengetahui kaedah bimbingan dan penasihatan terhadap pelajar.

LATAR BELAKANG

 James Stoner

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Zuraidah (1994)

Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi.

Othman Mohamed (2000)

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.

Monday, May 24, 2021

PENGENALAN

  • Proses memberi nasihat kepada murid-murid dengan menggunakan maklumat yang sesuai.
  • Interaksi antara guru dan murid-murid perlu diwujudkan agar dapat memberi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Sebagai seorang guru haruslah membantu murid yang mempunyai masalah peribadi seperti pendiam, pemalu dan penakut
  • Guru boleh membantu pelajar mengatasi masalah melalui imbingan,penasihatan, kaunseling dan mentoring
BIMBINGAN

  1. Memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.
  2. Dalam konteks pendidikan pula bimbingan adalah bantuan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.
  3. Pelajar yang memerlukan bimbingan adalah pelajar yang mempunyai masalah peribadi sama ada dari segi akademik atau emosi-sosial.
  4. Pelajar akan diberi nasihat atau panduan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah.
  5. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
  6. Kaunseling adalah dimana seorang pengajar yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dan murid atau disebut sebagai klie yang mempunyai masalah peribadi atau akademik  
PENASIHATAN
  1. Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
  2. Fokus  penasihatan adalah lebih kepada masalah yang dihadapi berbanding menumpukan kepada individu yang bermasalah.
  3. Berbentuk arahan dan suruhan.
  4. Guru sebagai penasihat yang arif dan berpengalaman dalam bidang tertentu perlu membantu pelajar mengatasi masalah mereka.
  5. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

 PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

  1. Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihatan pelajar pengurusan sekolah terlebuh dahulu menerima konsep ini.
  2. Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.
  3. Mengenali pelajar
  4. Mebimbing pelajar
  5. Analisis Penilaian
MENTORING
  • Suatu proses untuk memberi bimbingan,sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis kehidupan dan pembangunan diri individu.


PERANAN GURU SEBAGAI MENTOR KEPADA PELAJAR

  • Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.
  • Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi,politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  •  Membimbing dan mengajar murid dalam bilik darjah tanpa meninta hadiah atau bayaran.
  • Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaina kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
  • Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran.
  • Merancang dan menguruskan sesi tutorial dengan berkesan

RUMUSAN

Peranan unit kaunseling dan bimbingan di sekolah terutamanya kaunselor sekolah penting bagi meningkatkan pembangunan akademik, sahsiah, kerj...